Wednesday, May 13, 2009

www.almuslimah.com.my

Salam kepada para pengunjung blog sekalian,

Dengan sukacitanya kami menjemput anda ke laman web rasmi majalah al-Muslimah di alamat:

www.almuslimah.com.my

Website rasmi al-Muslimah



Kami akan menyediakan berita terkini mengenai keluaran terbaru majalah al-Muslimah serta acara-acara menarik yang bakal kami sediakan untuk anda sertai.

Sekian terima kasih.

p/s: Blog kami masih beroperasi seperti biasa untuk digunakan sebagai pengganti sekiranya laman web rasmi al-Muslimah mengalami masalah teknikal.

Wednesday, December 31, 2008

Ingin Dapatkan Keluaran Yang Lepas?


Bermula keluaran 199 (DISEMBER 2007), anda dapat memesan majalah al-Muslimah keluaran lepas menggunakan borang yang kami sediakan di bawah.

Borang Pesanan al-Muslimah keluaran lepas

Anda hanya perlu cetak, isi, dan hantarkan borang pesanan beserta wang pos (atas nama DIAN DARULNAIM SDN. BHD.) ke alamat berikut:

DIAN DARULNAIM SDN. BHD.
24-3, Persiaran 65C, Off Jalan Pahang Barat,
Pekeliling Business Centre, 53000, Kuala Lumpur.

CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA!

Monday, December 22, 2008

Muslimah 211 di pasaran

Majalah muslimah 211

MENARIK BULAN INI:

“Cukuplah semasa muda saya banyak tinggal suruhan-Nya. Bila berlakon, saya selalu tinggal solat, kemudian qada’. Masa qada’ tu kita tak yakin solat kita macam mana. Sekarang saya pastikan bila berlakon, selain watak, solat dan alat solek juga dijaga” ikuti luahan rasa personaliti bulan ini.

topik211

Isu PPSMI ini semakin rancak di gelanggang politik pemimpin, semakin menjadi bahan borok-borak masyarakat kelas bawahan, semakin mengundang provokasi intelektual para ilmuan. Namun apakah kesudahannya? Usah dikerandakan bahasa Melayu.


maizura211Seks yang baik dan seks selamat. Apakah perbezaannya? Adakah yang selamat itu baik dan yang baik itu selamat? Ikuti perbincangan isu tentang hubungan seksual kali ini.


wanita luar negara 211“Orang Bilang Ayahku Teroris” adalah luahan perasaan seorang isteri. Tiada isteri yang tidak sedih apabila berpisah dengan suami. Perpisahan dan penceraian suami isteri pun sudah cukup menyesakkan dada. Apatah lagi episod perpisahan yang menyaksikan suami dihukum oleh peraturan yang tidak berperikemanusiaan. Ikuti kisah Ustazah Paridah Abas, isteri almarhum Ustaz Ali Ghufron@Mukhlas.

DAPATKAN MAJALAH MUSLIMAH SEKARANG

Friday, November 28, 2008

Muslimah 210 di pasaran

























MENARIK BULAN INI:

Mungkin dahulu beliau ingin mengejar nama dan menunjuk bakatnya, kini peminat sudah bijak menilai bakatnya. Kini, beliau ingin mencari perkara baru menerusi penghijrahannya. Baginya, sebagai artis walau mendapat seribu anugerahpun, namun di sisi Tuhan ia langsung tidak bermakna... bersama berkongsi kisah penghijrahannya.

--------------------

Akhir-akhir ini, kemelut kepimpinan semakin menjadi isu yang hangat diperkata. Pertikaman lidah, tuduh menuduh, cabar mencabar berlaku secara terang-terangan. Apakah kita sudah silap memilih pemimpin? Jika benar, apakah kayu ukurnya?

--------------------

Sedarkah anda, kita sebagai ibu bapa kadang kala mengajar anak mencuri? Tak percaya? Pernahkah anda meninggalkan duit syiling bertaburan di ruang tamu? Tahukan anda nilai 20 sen boleh menyebabkan anak menjadi pencuri? Ikuti perbincangan menarik ini.

--------------------

“Sebelum ini saya telah dikejutkan dengan berita penahanan suami saya di bawah ISA selama hampir tujuh tahun. Sekali lagi hidup saya teruji dengan kehilangan anak perempuan sulung kami sewaktu suami masih berada dalam tahanan. Kini suami saya dihantar pulang ke tanah seberang... jangan pisahkan kami..!”

--------------------

Dapatkan majalah Muslimah di pasaran sekarang.

Friday, November 7, 2008

Pembaharuan Iklan Forum BDDC

Photobucket
Bayaran:
RM35.00 (individu)
RM30.00 untuk pelajar (kolej/IPT)

(Bayaran termasuk minum pagi dan makan tengahari)

* bagi yang telah membuat bayaran penuh, wang anda akan dikembalikan pada hari program.

Tarikh tutup telah dilanjutkan kepada
20 November 2008

Thursday, November 6, 2008

Ralat Program Forum "Berpaut Di Dahan Cinta"

Tarikh:
23 November (Ahad) 2008

Masa:
8.30pg - 1.30tgh.

Tempat:
Dewan Besar LPPKN, Tingkat 22, Jln Raja Laut, KL

Bayaran:
RM35.00 (individu)
RM30.00 untuk pelajar (kolej/IPT)


* bagi yang telah membuat bayaran penuh, wang anda akan dikembalikan pada hari program.