Monday, December 22, 2008

Muslimah 211 di pasaran

Majalah muslimah 211

MENARIK BULAN INI:

“Cukuplah semasa muda saya banyak tinggal suruhan-Nya. Bila berlakon, saya selalu tinggal solat, kemudian qada’. Masa qada’ tu kita tak yakin solat kita macam mana. Sekarang saya pastikan bila berlakon, selain watak, solat dan alat solek juga dijaga” ikuti luahan rasa personaliti bulan ini.

topik211

Isu PPSMI ini semakin rancak di gelanggang politik pemimpin, semakin menjadi bahan borok-borak masyarakat kelas bawahan, semakin mengundang provokasi intelektual para ilmuan. Namun apakah kesudahannya? Usah dikerandakan bahasa Melayu.


maizura211Seks yang baik dan seks selamat. Apakah perbezaannya? Adakah yang selamat itu baik dan yang baik itu selamat? Ikuti perbincangan isu tentang hubungan seksual kali ini.


wanita luar negara 211“Orang Bilang Ayahku Teroris” adalah luahan perasaan seorang isteri. Tiada isteri yang tidak sedih apabila berpisah dengan suami. Perpisahan dan penceraian suami isteri pun sudah cukup menyesakkan dada. Apatah lagi episod perpisahan yang menyaksikan suami dihukum oleh peraturan yang tidak berperikemanusiaan. Ikuti kisah Ustazah Paridah Abas, isteri almarhum Ustaz Ali Ghufron@Mukhlas.

DAPATKAN MAJALAH MUSLIMAH SEKARANG

No comments: