Tuesday, April 29, 2008

Hubungi Kami


ANDA KREATIF?

INGIN BERKONGSI MASALAH?

INGIN MENJADI PENYAMPAI?

MUSLIMAH WADAH KITA BERSAMA.


Setelah lama tidak bersua, kini kita bertemu semula. MUSLIMAH lahir atas niat yang satu, mencurah ilmu kepada pembaca tercinta. Rugi rasanya ilmu yang ada tidak dikongsi bersama.

Ingin bersama kami? Ada 1001 kisah tetapi tidak tahu hendak diluahkan kepada siapa? MUSLIMAH ada jawapannya. Hantarkan sebanyak mana kisah yang ingin anda kongsi bersama. Kami teliti dan perhalusi, selebihnya serahkan kepada kami...

Dan...

Kepada pembaca lelaki pula, usah gusar. MUSLIMAH adalah majalah untuk seisi keluarga. Kami juga sudi mendengar suara hati anda. Ruangan Suara Adam adalah khusus untuk anda. Hantarkan kepada kami. Anda juga pendorong bagi kami.

Hantarkan respon / sumbangan anda kepada kami di alamat:

Dian Darulnaim Sdn. Bhd.
24-3, Persiaran 65C,
Off Jalan Pahang Barat
Pekeliling Business Centre,
53000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4023 7044/45
Faks: 03-4023 7048

emel: majalahmuslimah@gmail.com

Hari Kesihatan dan Keluarga




Yayasan Amal Malaysia Negeri Perak telah mengadakan program Hari Kesihatan dan Keluarga bertempat di Dataran Tuan Guru Haji Rejab Ali, Sungai Tinggi Trong, Taiping Perak. Program tersebut melibatkan semua penduduk di kawasan Sungai Tinggi dan kawasan sekitarnya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.



Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Selain itu, turut diadakan pemeriksaan gigi dan kempen menderma darah oleh hospital yang berdekatan. Program ini juga melibatkan semua golongan termasuklah kanak-kanak dan warga emas. Terdapat juga persembahan seni silat oleh para belia, menganyam ketupat, mengelim karipap dan pelbagai lagi.







Selain itu, program ini turut diserikan lagi dengan acara permainan oleh kanak-kanak dan demontrasi oleh pihak bomba ketika menghadapi kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.



Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah yang terjalin antara semua golongan. Seterusnya program seumpama ini dapat memberi peluang terutamanya kepada penduduk kampug yang amat memerlukan bantuan kesihatan secara percuma.

Akhlak Dalam Kehidupan



Akhlak itu bunganya iman. Apa maksudnya? Akhlak mencerminkan iman seseorang, jika buruk akhlak bermakna nipislah imannya. Betulkah?



Cuba perhatikan seorang gadis berpakaian menjolok mata dikelilingi lelaki sebaya bertepuk tampar di tempat awam berbanding seorang gadis yang bertudung litup duduk penuh sopan menunggu bas. Tentu berbeza bukan?



"Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah al-Quran". Hadis ini jelas menunjukkan tentang keperibadian baginda Rasulullah yang tiada tolok bandingnya.



Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang akhlak yang baik, maka beliau membacakan kepadanya firman Allah SWT,


“Jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.” (al-A'raf: 199)



Anas bin Malik berkata: "Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di syurga, sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya yang buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah".



Ibn al-Mubarah pernah mendapat seorang teman seperjalanan yang buruk akhlaknya. Namun ia tetap bersabar dan sentiasa berusaha mengikuti kemahuan temannya itu. Dan ketika akhirnya mereka terpisah, Ibnu al-Mubarah menangis. Seseorang menanyakan hal itu kepadanya, dan ia pun berkata: "Aku menangisi orang itu. Kini aku telah berpisah darinya, sedangkan akhlaknya yang buruk masih bersamanya, tidak berpisah darinya."



Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah meminta izin untuk menemui baginda Rasulullah s.a.w. ketika itu ada beberapa orang wanita dari kalangan Quraisy sedang berbicara dengan baginda, suara mereka terdengar lebih keras daripada baginda. Tiba-tiba ketika mengetahui Umar meminta izin untuk masuk, mereka bergegas menyembunyikan diri di balik hijab. Dan masuklah Umar sementara Rasulullah s.a.w tertawa. Umar pun bertanya: "Kenapa anda tertawa, ya Rasulullah? Jawab baginda:



"Sungguh aku hairan melihat tingkah laku wanita-wanita yang baru saja bersamaku, ketika mendengar suaramu mereka segera menyembunyikan diri di balik hijab".
Mendengar itu, Umar berkata: "Sungguh engkaulah, ya Rasulullah, yang lebih patut mereka takuti daripada aku."


Kemudian ia menoleh ke arah para wanita itu, seraya berkata: "Adakah kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah?" Mereka menjawab: "Ya, kerana anda begitu keras dan begitu kasar, tidak seperti Rasulullah s.a.w!".



Dari hadis dan kisah di atas jelas menunjukkan pentingnya soal menjaga akhlak. Dalam kehidupan seharian yang dilingkungi berbagai jenis manusia, akhlak adalah perkara utama. Akhlak yang baik disenangi manakala buruk hanya akan menambah musuh. Apakah cara memperbaiki akhlak yang buruk? Pertama, bagaimana bentuk ibadat wajib kita. Pastikan ia benar-benar menurut apa yang diperintahkan Allah. Kedua, dari mana sumber rezeki kita yang menjadi darah daging dan membentuk keperibadian kita dan ketiga siapakah rakan-rakan di sekeliling kita. Jika semua rakan buruk akhlaknya maka kita juga merasa tempiasnya. - M

Muslimah isu 203 di pasaran




















M E N A R I K D I D A L A M :
  • “Bidang seni menarik minat ramai anak muda. Tapi lebih baik jika mereka habiskan menuntut ilmu terlebih dahulu. Bukan semua orang tuahnya seperti Datuk Siti Nurhaliza. Rezeki kita tak sama. Industri hiburan ini banyak risikonya.” Bersama berkongsi rasa dengan Vanidah Imran, personaliti Muslimah kali ini.
  • Meneliti industri filem dan drama tanah air, pasti kadang kala membuatkan kita berasa senak. Paparan kepincangan masyarakat seringkali menghiasi slot drama bersiri di kaca TV. Perlukah kepincangan ini dipaparkan biarpun ia sememangnya berlaku dalam masyarakat Melayu Islam di negara kita? Perlukah golongan agamawan kita turun padang?
  • Akibat dominannya pemikiran ‘kebendaan’ yang melanda masyarakat hari ini, manusia hilang rasa tanggungjawab, kemanusiaan dan kasih sayang walaupun kepada zuriat sendiri. Manusia meletak pendidikan aqidah itu tidak penting demi mengutamakan pencarian harta benda dan penumpuan sepenuh hati kepada dunia dan tarikannya, bahkan tidak keterlaluan dikatakan kebanyakan umat Islam melupakan terus urusan aqidah dalam kehidupan. Di manakah letaknya akidah yang hak?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila ajukan melalui e-mel kami, majalahmuslimah@gmail.com