Monday, August 4, 2008

Muslimah 206 di pasaran




























MENARIK BULAN INI:




“Pada saya, formula untuk berjaya adalah solat. Ia memberi keyakinan kepada diri saya untuk memberikan yang terbaik. Apatah lagi mengacara rancangan seperti Akademi Quran (AQ) yang pada saya merupakan rancangan yang besar dan mempunyai objektif yang hendak dicapai.” Bersama penghias wajah Muslimah kali ini.



--------------------



Apabila disebut penyakit kelamin, ramai yang terbayangkan HIV/AIDS. Tetapi sebenarnya terdapat lebih 20 jenis penyakit kelamin yang mengancam kesihatan golongan pengamal seks bebas dan luar tabii. Ramai yang tidak sedar implikasi dan risiko yang terpaksa dihadapi kerana kurang pendedahan mengenainya. Kurang pendedahan bukan bererti kita tidak akan dijangkiti. Lebih mengejutkan, menerusi kaji selidik HIV Awareness Program, kanak-kanak sudah mengenali seks dan mula melakukan oral seks. Ikuti kupasan menarik topik bulan ini.



--------------------



Kebanyakan orang Melayu sekarang ini lebih gemar untuk menggunakan perkataan ‘sorry’ atau minta maaf sahaja. Jika dikaji dengan mendalam, penggunaan perkataan mohon maaf didapati lebih beradab, lebih murni dan ternyata mempunyai ukuran peradaban yang lebih tinggi nilai penggunaannya. Apakah kesannya dari sudut psikologi?



--------------------



Ramai yang bertanya kenapa beliau memilih PAS. Dengan mudah beliau menjawab, “Saya tertarik kerana slogan PAS For All.” Hasratnya cuma satu, ingin membantu rakyat Malaysia dan berjuang menerusi PAS. Kenali bekas calon ADUN Tiram ini.



--------------------



Dapatkan majalah Muslimah di pasaran sekarang.