Tuesday, June 3, 2008

Muslimah 204 di pasaran




























MENARIK BULAN INI:



“Berhadapan dengan kaum Cina muslim di sana membuatkan Farah berasa lebih dekat dengan Allah. Walaupun kita berlainan bahasa dan budaya, namun kita berada dalam satu agama yang sama, menghadap kiblat yang sama dan menyembah Tuhan yang sama. Betapa uniknya Islam.” Berkongsi pengalaman bersama hos Rasa Halal Orient ini.



--------------



Ramai beranggapan anak-anak genius ini budak yang sempurna padahal dia cuma pakar dalam satu bidang sahaja. IQ yang tinggi tidak bermakna mereka matang. Kematangan melibatkan aspek EQ, SQ dan pengalaman hidup yang ditempuhi. Dilema Anak Genius: Bagaimana kita menanganinya?



--------------



Anak-anak Chow Kit sering diberi tanggapan negatif. Mereka menjadi mangsa keadaan. Kebanyakan mereka berlatar belakangkan anak-anak pekerja seks, kanak-kanak terbiar dan anak penagih dadah. Masyarakat memandang mereka sebagai kanak-kanak nakal dan sukar dikawal. Sebenarnya mereka pandai membawa diri dan menjaga hati kita. Mereka ingin disayangi dan diberi perhatian kerana mereka tidak mendapat semua itu di rumah sendiri. Ikuti kisahnya.



--------------



Dapatkan majalah Muslimah di pasaran sekarang.