Wednesday, April 14, 2010

PENGUMUMAN Langganan MUSLIMAH



Assalamualaikum wrth.

Pengumuman kepada anda yang pernah melanggan MUSLIMAH tetapi tidak lagi menerimanya dan sepatutnya menerima naskhah MUSLIMAH anda sila hubungi kami dengan kadar segera.

Sila

1) Berikan alamat penuh.
2) Nyatakan jumlah langganan yang dibuat (12 @ 6 keluaran)
3) Berapa bulan yang tertunggak.
4) Sila sertakan bukti langganan (jika ada).
5) Sila emelkan ke majalahmuslimah@gmail.com atau nik2konsep@gmail.com

HARAP MAKLUM.

Friday, September 25, 2009

Laman Web Sedang Dibaiki

Assalamualaikum kepada pengunjung laman web,

Server laman web rasmi majalah al-Muslimah sedang menghadapi masalah buat masa sekarang dan kami telah menghubungi pihak server untuk membaikinya. Laman web al-Muslimah akan berfungsi semula dalam masa terdekat, insyaAllah. Kami memohon maaf di atas kesulitan ini.

Sementara itu, kami akan gunakan khidmat blog untuk memberi berita terkini mengenai majalah al-Muslimah. Terima kasih di atas sokongan anda.

Sekian,
Administrator
Laman Web al-Muslimah.

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri Daripada Kami


Salam Aidilfitri kepada pembaca majalah al-Muslimah. Kami memohon seribu kemaafan di atas salah silap sepanjang penerbitan kami. Semoga lebaran ini memberi seribu satu kebahagiaan buat anda, insyaAllah.

Wednesday, May 13, 2009

www.almuslimah.com.my

Salam kepada para pengunjung blog sekalian,

Dengan sukacitanya kami menjemput anda ke laman web rasmi majalah al-Muslimah di alamat:

www.almuslimah.com.my

Website rasmi al-Muslimah



Kami akan menyediakan berita terkini mengenai keluaran terbaru majalah al-Muslimah serta acara-acara menarik yang bakal kami sediakan untuk anda sertai.

Sekian terima kasih.

p/s: Blog kami masih beroperasi seperti biasa untuk digunakan sebagai pengganti sekiranya laman web rasmi al-Muslimah mengalami masalah teknikal.

Wednesday, December 31, 2008

Ingin Dapatkan Keluaran Yang Lepas?


Bermula keluaran 199 (DISEMBER 2007), anda dapat memesan majalah al-Muslimah keluaran lepas menggunakan borang yang kami sediakan di bawah.

Borang Pesanan al-Muslimah keluaran lepas

Anda hanya perlu cetak, isi, dan hantarkan borang pesanan beserta wang pos (atas nama DIAN DARULNAIM SDN. BHD.) ke alamat berikut:

DIAN DARULNAIM SDN. BHD.
24-3, Persiaran 65C, Off Jalan Pahang Barat,
Pekeliling Business Centre, 53000, Kuala Lumpur.

CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA!

Monday, December 22, 2008

Muslimah 211 di pasaran

Majalah muslimah 211

MENARIK BULAN INI:

“Cukuplah semasa muda saya banyak tinggal suruhan-Nya. Bila berlakon, saya selalu tinggal solat, kemudian qada’. Masa qada’ tu kita tak yakin solat kita macam mana. Sekarang saya pastikan bila berlakon, selain watak, solat dan alat solek juga dijaga” ikuti luahan rasa personaliti bulan ini.

topik211

Isu PPSMI ini semakin rancak di gelanggang politik pemimpin, semakin menjadi bahan borok-borak masyarakat kelas bawahan, semakin mengundang provokasi intelektual para ilmuan. Namun apakah kesudahannya? Usah dikerandakan bahasa Melayu.


maizura211Seks yang baik dan seks selamat. Apakah perbezaannya? Adakah yang selamat itu baik dan yang baik itu selamat? Ikuti perbincangan isu tentang hubungan seksual kali ini.


wanita luar negara 211“Orang Bilang Ayahku Teroris” adalah luahan perasaan seorang isteri. Tiada isteri yang tidak sedih apabila berpisah dengan suami. Perpisahan dan penceraian suami isteri pun sudah cukup menyesakkan dada. Apatah lagi episod perpisahan yang menyaksikan suami dihukum oleh peraturan yang tidak berperikemanusiaan. Ikuti kisah Ustazah Paridah Abas, isteri almarhum Ustaz Ali Ghufron@Mukhlas.

DAPATKAN MAJALAH MUSLIMAH SEKARANG