Tuesday, April 29, 2008

Hari Kesihatan dan Keluarga




Yayasan Amal Malaysia Negeri Perak telah mengadakan program Hari Kesihatan dan Keluarga bertempat di Dataran Tuan Guru Haji Rejab Ali, Sungai Tinggi Trong, Taiping Perak. Program tersebut melibatkan semua penduduk di kawasan Sungai Tinggi dan kawasan sekitarnya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.



Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Selain itu, turut diadakan pemeriksaan gigi dan kempen menderma darah oleh hospital yang berdekatan. Program ini juga melibatkan semua golongan termasuklah kanak-kanak dan warga emas. Terdapat juga persembahan seni silat oleh para belia, menganyam ketupat, mengelim karipap dan pelbagai lagi.







Selain itu, program ini turut diserikan lagi dengan acara permainan oleh kanak-kanak dan demontrasi oleh pihak bomba ketika menghadapi kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.



Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhwah yang terjalin antara semua golongan. Seterusnya program seumpama ini dapat memberi peluang terutamanya kepada penduduk kampug yang amat memerlukan bantuan kesihatan secara percuma.

No comments: