Tuesday, October 28, 2008

Muslimah 209 di pasaran




















MENARIK BULAN INI:


“Alhamdulillah, kesihatan Bienda semakin baik. Bagi Bienda, kita kena terima apa yang berlaku dengan redha dan seadanya. Apa yang terjadi itu sudah tertulis dalam hidup kita dan telah ditentukan oleh Allah SWT.” Bersama penghias wajah MUSLIMAH bulan ini.

--------------------

Pengorbanan tiada nilainya. Hanya mereka yang sanggup berkorban sahaja mampu mengecapi kemanisannya. Bukan mudah menerima ujian dari-Nya, setiap pengorbanan itu pasti ada ganjaran yang dijanjikan-Nya. Kerana ujian itu jaminan syurga...!

--------------------

Apabila disebut tanggungjawab seorang isteri, maka sudah pasti ketaatan merupakan satu aspek yang tidak dapat dinafikan lagi. Namun apakah maksud taat itu? Adakah ketaatan membuta tuli atau taat bersyarat? Ikuti kupasannya.

--------------------

Muda hanya sekali! Terpengaruh dengan ungkapan tersebut menyebabkan ramai remaja tersasar dari landasan sebenar di kala usia remaja mereka. Bermula ingin mencuba dan desakan rakan sebaya, akhirnya diri menjadi mangsa. Ikuti pengalaman mereka yang terjebak dengan dadah dan alkohol.

--------------------

Dapatkan majalah Muslimah di pasaran sekarang.

Tuesday, October 21, 2008

Perubahan tempat forum BDDC

PENGUMUMAN PERUBAHAN

Lokasi bagi FORUM BERPAUT DI DAHAN CINTA, telah diubah ke

DEWAN BESAR LPPKN, TINGKAT 22,
JALAN RAJA LAUT K.LUMPUR. (BERHAMPIRAN SOGO).
































Peta ke Dewan LPPKN















HARAP MAKLUM!

kesulitan amat dikesali..

Tuesday, October 7, 2008

Muslimah 208 di pasaran





















MENARIK BULAN INI:


Beliau sudah bergelar ahli perniagaan. Menjinakkan diri dalam dunia perniagaan membuatkannya sentiasa berfikir dan sibuk, tambahan bidang yang diceburinya ini memerlukan beliau sentiasa berfikiran jauh dan segar. Bersama penghias wajah bulan ini Shila Lama.

--------------------

Pulanglah Sharlinie, Kami Terlalu Rindukan Awi, Kembalikan Bilal. Menyelongkar perasaan ahli keluarga yang kehilangan anak. Pasangan Mohd. Nasyar dan Suraya, Puan Rozita dan Encik Harun serta Puan Salwanis Ma’az berkongsi pengalaman duka kehilangan anak tersayang. Bantuan kita tetap diharapkan.

--------------------

Syawal muncul kembali serta terbenamnya tirai Ramadhan. Setelah kembali menyucikan diri, bagaimanakah Syawal harus disambut agar ia penuh beradab serta benar-benar beroleh kemenangan.

--------------------

Takut untuk berkahwin, tak perlu pasangan hidup, lebih baik sendirian dan seribu satu alasan untuk tidak berkahwin. Namun sebagai insan yang dijadikan berpasang-pasangan perkahwinan merupakan fitrah bagi manusia. Mengapa perlu berkahwin?

--------------------

Dapatkan majalah Muslimah di pasaran sekarang.

Forum "Berpaut Di Dahan Cinta"



























Bahagiakah perkahwinan anda? Atau sudah terasa PUDAR? Usah biarkan PELAMIN ANGAN anda MUSNAH. Kekalkan CINTA anda 100%.
Manakala bagi anda yang akan melangkah ke MAHLIGAI SYAHDU.. usah ketinggalan untuk berkongsi ilmu dalam FORUM perkahwinan/kekeluargaan:



“BERPAUT DI DAHAN CINTA”



Anjuran bersama NISA’ (Gombak) – MUSLIMAH – KONSEP – WASILAH- POSITIVE VISION RESOURCES.



Panelis forum terdiri daripada DR. ROBIAH K. HAMZAH, USTAZ HASRIZAL (PENULIS BLOG SAIFUL ISLAM) & DAYANGKU INTAN serta menampilkan FARAH ADEEBA MOHD. ASYRAF (personaliti TV9) sebagai moderator.



Tarikh: 23 November 2008

Tempat: KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL

Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang



Dengan bayaran HANYA RM70.00 seorang atau RM120.00 berpasangan anda berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman bersama 5 orang pakar di bidang masing-masing.



************



TENTATIF PROGRAM:



8.30 – Pendaftaran


9.30 – Ucapan perasmian


10.00 – Forum BERPAUT DI DAHAN CINTA


12.30 – Makan Tengahari/solat Zohor


2.30 – Bengkel penampilan diri oleh Datin Melorwati Darus, perunding imej dari Melor’s Apparel


3.30 – Bengkel Interior Design bersama Puan Norziati Aziz, pereka bentuk dalaman dari Sulur Bayung Sdn. Bhd.


4.30 – Minum petang


5.00 – Majlis bersurai



************



Bayaran boleh dibuat atas nama:

YEN ADVERTISEMENT AND EVENT MANAGEMENT SDN. BHD.

No. Akaun: 14110000170101 - CIMB



* Sila fakskan slip bank sebagai bukti pembayaran anda.