Tuesday, July 1, 2008

Muslimah 205 di pasaran




























MENARIK BULAN INI:




“Mungkin sebelum ini kita hanya mengetahui tentang 25 Rasul, tapi kita tidak rasa sayang kepada mereka. Setelah terlibat sendiri dalam pementasan ini, timbul rasa teramat sayang dengan Baginda. Setelah dihayati keperibadiannya, saya berkata pada diri sendiri, aku sudah memahami apa yang aku tak faham sebelum ini!”. Bersama mendekati pelakon yang memegang watak Pah Bedah ini.




--------------



Akhir-akhir ini terlalu banyak kisah remaja hilang kerana mengikut kekasih hati. Kes adik Che Siti Nor Azreen, 13 tahun, benar-benar menggusarkan hati ibu bapa. Sukarnya mendidik anak remaja di zaman moden ini. Apakah kita telah kembali ke zaman jahiliyah di mana ketika anak perempuan dianggap membebankan? Semuanya gara-gara panahan cinta jejaka Seberang.



--------------



Beliau fasih berbahasa Mandarin, Tamil dan bahasa Arab. Malah beliau turut menjadi imam dan khatib solat Jumaat. Kelebihan ini menjadi bonus kepadanya untuk berdamping dengan segenap lapisan masyarakat. Mengenali lebih dekat Menteri Besar Perak.



--------------



EKSKLUSIF!

Doa, ibarat skru dengan natnya. Ukuran antara skru dan nat mestilah sama. Begitu juga dengan doa, biarlah kena dengan fungsinya. Memang pelik, ada orang kita yang menulis atau melekatkan doa masuk tandas di muka pintu kedai kononnya untuk melariskan barangan. Ikuti temubual eksklusif bersama Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, mengenai peranan doa.



--------------



Dapatkan majalah Muslimah di pasaran sekarang.